Saturday, 24 August 2013

Ohh ohh Hari Rayaaaaaa

Tahun ni aku raya dekat Johor Bahru seperti biasa. Sejak Opah meninggal, memang dah takde dah sistem giliran balik raya. Walaupun raya dekat JB, tapi suasana rumah tetap meriah dengan adanya Tokmak, family, pakcik, makcik serta cousin2 yang susah benau nak jumpa. Hihi.

So on the first day of raya, hanya ada family aku, family Ayah Leh, Ayah Yud dan Aunty Nina je. Raya kedua pulak bertambah lagi ahli dari family Ayah in dan Aunty Nida. Penuh kau satu rumah. Riuh tapi best! :)

Pagi-pagi raya first tu, para lelaki semua bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri dan para perempuan pulak bersolek eh tak tak bersiap-siap didapur menyediakan hidangan. Hihi. *tetap solat Aidilfitri lepas dah siap hidang*

Lepas semua dah balik dari masjid, wajib ada sesi salam salaman bermaaf maafan. Yang bestnya, time salam tu mesti ada yang hulur walaupun diriku dah jatuh sunat diberi duit raya. Orang dulu dulu cakap rezeki jangan ditolak kan? ^_^

Sesi yang paling ditunggu-tunggu adalah melantakssss. Haha. Santapan raya kali ni adalah ketupat, nasi impit, lemang, kuah lodeh, kari ayam, rendang daging, soto, laksa dan sebagainya. Tapi mintak ampun ye, takde pulak gambar nak letak sebab time tu dah kebuluq bak hang semua. Tau tau je kat tangan kiri dah ada pinggan, tangan kanan dah ready nak amek lauk. Nampak tak ketidaksabarannya disitu? *tutupmuka* HAHA

Bila perut dah naik seinci dek melantak makanan raya, semua dah start sibuk bergambar. Baik raya pertama, baik raya kedua, perangai semua sama je. Makan dulu baru amek gambar. hehe.




My family 





Gambar senget sebab tripod jadian pun senget. Sadis. 



With all my cousins on my mom's side. Missing Shakina :')


Lamah's family



Percubaan cousin perempuan dan lelaki buat gwiyomi. Kahkah

Mama's siblings and Tokmak


My mom's siblings

Itu jela cerita raya tahun ni. Hopefully akan dapat merasai suasana macam ni lagi tahun depan. InsyaAllah :)

Friday, 7 June 2013

Peperiksaan akhirrrrrrrr

Alhamdulillah. Dah selesai menjawab 4 killerzzz paper dalam masa seminggu. Next week still ada 2 paper lagi nak kena jawab. Tak sabarnya nak habiskan semua! huhu.

Seminggu sebelum start exam, lecturer semua dah bagi cuti memandangkan semester ni takde study week. Kalau ada pun, cuti kaamatan je. Cuti kaamatan tu apa? Ce check SINI. Jadi seminggu tu agak selalu la jugak berkampung dekat library. Kenapa tak selalu? Emm, zana bukan malas nak pegi library, tapi library jauh dari rumah, berbatu batu jauhnya T_T  Bila rasa perlu extra fokus je, baru zana pegi library. Huhu.

Itu baru cerita pasal library, belum lagi cerita pasal tak cukup tidur.

Pada zana, tidur tu sangat penting. Bila kita mengantuk, tu tandanya otak kita penat dan perlukan tidur.(eh ye ke?) Dari dulu lagi dah fikir macam tu, sampai laa ni la mindset zana macam tu. Oh one more thing, zana ni sangat utamakan tidur. Walaupun ada kerja yang perlu dibuat, contohnya assignment, zana sanggup tidur dulu(especially kalau mengantuk) then bangun subuh subuh. Sebab orang dulu dulu cakap bangun subuh ni bagus, otak fresh dari ladang sebab otak kita dah dapat rehat yang cukup. Dan itu memang terbukti pun sebab kalau bangun pagi tu lagi laju zana menaip assignment daripada malam sebelum tidur. Hehehe.

Tapi semua ni depends jugak dengan orang. Lain orang lain caranya, ye dak?

So weekend ni nak sambung study untuk last 2 paper.(Paper menghapal lagi T_T) Doakan zana dapat menghapal dan memuntahkan ilmu tu dalam kertas jawapan nanti k?  :D


Monday, 20 May 2013

Fefeling Saloma gitew


Semalam pergi dinner pakai peplum and skirt. 
Hari ni classmate semua suruh aku pakai skirt bila pegi kelas. 
Memang taklah noks. 
Haha

Wednesday, 19 December 2012

Buku, Aku datang!

Alhamdulillah. Semua kelas dah habis dah minggu ni, paling last pun hari Isnin haritu. Hehe. Syukur sangat sebab penat dah nak pegi kelas. Hectic sangat semester ni. Dengan assignments, tests, kuiz... memang penat sangat. Huhu :(

Disebabkan kelas dah habis, dengan kuasa bulan saya mengisytiharkan study week untuk saya dah mula. Yeay! hihi

So lepas ni kena didik diri supaya kurangkan tengok kowea online dan sebagainya. Kalau boleh nak menghadap buku duapolohpatjam. Haa poyo kan? -_-

Doakan saya rajin mengulangkaji dan dapat menjawab final dengan tenang ya. Amin :)

Tuesday, 18 September 2012

Time flew juz liddat

One month had passed since the last time I posted a post.


And now


I am still out of idea to type anything here.


Boo me! -.-