Tuesday, 14 January 2014

Tips: Minum air dengan secukupnya

Bila masuk tahun baru ni, mula lah pasang macam2 azam. Ada yang MISSION IMPOSSIBLE ada yang NOTHING IS IMPOSSIBLE. So salah satu azam ialah nak badan yang 'fit'. 

Badan aku ni taklah gemuk cuma adalah sikit lemak spare sana sini. *facepalm* Ramai yang cakap aku tak payah dah nak kurus sebab dah okay dah. Tapi biasalah perempuan, mana pernah puas hati. So aku cabar diri tahun ni aku nak fit-kan badan. *penuh azam* haha

Setelah aku dok google sana sini pasal fit body, aku perasan setiap artikel mesti mention pasal kepentingan minum air. Air ni sangat bagus dan penting untuk setiap orang. Air bertindak as pencuci toksin yang ada dalam badan kita. Kiranya bila minum air secukupnya, body kita akan buang benda alah yang tak diperlukan secara naturally. Mostly kita ni malas sikit bila nak minum, kalau minum pun bila rasa haus je. Macam kes aku, pernah gak sehari suntuk tak minum air bukan sebab malas, tapi lupa. *ketuk kepala* 

So entry kali ni aku nak share sikitlah macam mana nak displinkan diri minum air MASAK /MINERAL  =)

1. Minum 2 cawan air pagi, 2 cawan air tgh hari, 2 cawan air petang dan 2 cawan air malam.

Biasanya bangun pagi lepas mandi, aku akan minum air secawan sebelum makan. Lepas tu sarapan(PENTING) tunggu dalam 15-30 minit then minum lagi secawan air. Same goes untuk tgh hari dan malam. Yang petang tu, biasanya aku memang minum air 2 cawan sekali gus lepas solat asar. hihi


2. Minum air setiap 2 jam, bermula 8 pagi hingga 9 atau 10 malam

Contohnya kau minum setiap 2 jam mula pukul 8 pagi sampai pkl 10 malam, kau dah minum 8 cawan dalam masa satu hari seperti yang disarankan. Senang? hihi


3. Minum setiap jam, bermula 8 pagi hingga 10 malam

Ni agak susah sikit nak buat, yelah sapa je yang nak ingat minum air setiap jam. Silap2 orang lain tengok kita pun pelik. Haha. Aku pernah buat sekali dan bertahan seminggu je T_T Aku tampal note kat laptop kengkonon bila aku terbaca automatic aku pegi minum. Tapi nampaknya lepas seminggu gagal terus. huhu. So yang ni memang kena ada displin yang tinggi. Nak seribu daya taknak seribu dalih ye dak? 


4. Siap2 letak botol besar depan mata

Haa yang ni paling senang kot kalau kau duduk office atau duduk rumah dari pagi sampai petang(at least). Sebabnya bila kau nampak botol yang masih ada air, mesti rasa nak minum(psiko). Ni betul tak tipu sebab aku dah test kat diri sendiri, bila nampak ada air dalam botol walaupun tinggal secoit mesti nak habiskan. Haha. Untuk student ni payah sikit la, sebab takkan nak kesana kemari dengan botol besar especially yang naik public transport kan. Mahunya keluaq segala urat bahu nanti bawak botol air berat. So untuk student, just beli botol yang korang rasa senang nak bawak dan make sure REFILL everytime dah nak habis. Oh untuk ni, botol yang disarankan ialah 3 liter. Aku beli 2 botol (1 tu 1 liter, 1 lagi 1.5 liter). 


5. Amek supplement 

Yang ni OPTIONAL ye. Kalau mampu beli supplement, beli. Kalau tak mampu, jangan paksa diri. Macam aku memang amek supplement SHAKLEE. Almaklumlah kulit aku ni tak semulus artis, so teringin sangat nak kulit mulus macam artis tu yang gatal amek set penjagaan kulit shaklee. Tapi aku suka sebab aku jadi rajin minum air. hewhew. Ni nak cakaplah, kalau amek supplement, WAJIB minum air dengan banyak. Sebab apa? Sebab kalau kau minum sikit, vitamin yang kau makan tu jadi useless sebab dia tak larut dalam badan. Tak kisahlah amek jenis pil ke kapsul ke shake ke. WAJIB minum air dengan banyak. Lagi satu, supplement ni adalah makanan tambahan yang bagus untuk tubuh namun ginjal kita ni lemah sains sikit. Dia tak sure sama ada supplement yang kita ambil tu bagus untuk badan kita ke tak. Jadi daripada ginjal kita confuse pastu buang vitamin dari supplement, baik minum air supaya sepantas kilat vitamin tu serap ke dalam tubuh. Haa gitchuuuu.


Setakat ni, tu jelah tips aku dah experiment dan dah tengok keberkesanan dia kat aku. Hopefully boleh bantu korang yang dok fikir cemana nak minum air dengan penuh displin. Hehe. Last info, manusia yang mempunyai berat 25kg harus minum air minimum 1 liter. Kalau berat 50kg, minimum 2 liter. Kalau lebih berat, lebih lah liter air yang anda perlu minum. Tapi tak salah kalau yang berat 50kg nak minum 3 atau 4 liter :)

Selamat mencuba!
    

Monday, 23 September 2013

Latihan Industri Vs Buku Biru

Setelah 3 bulan berlalu, akhirnya aku habis jugak latihan industri iaitu syarat kelayakan terakhir sebelum dibenarkan bergraduat. 3 bulan yang penuh liku dan pancaroba(ayat tak boleh nak sastera lagi ke?) kini sudah berakhir. Yahooooo!

Tapi tapi masa tu tak boleh nak happy berjimba sangat sebab kena buat report sepanjang LI. Yang ni paling mencabar sebab kena ikut format UMS yang YA ALLAH MENGAPA SEBEGINI KAU SEKSA DIRIKU. Susah gila dan lain daripada yang lain. Kalau U lain buat report, dorang tulis ala ala diari je siap boleh lukis bunga-bunga, rama-rama bagai. *oktipu* Tapi serius, U lain memang tulis macam diari. Nak taknak, suka tak suka, ikutkan ajelah format yang dah dibagi janji boleh dapat good marks and graduate :)

Bila dah siap, ingatkan dah boleh joget shuffle sebagai tanda happy kerja dah hampir siap. Datang pulak masalah bergolek bila nak buat hardcover report ni.

Sebelum pergi mana2 kedai kat jb ni, aku ni pon dok gugel(google) kot2 ada info kat mana nak buat yang cepat dan murah. Gugel punya gugel, semuanya dok buat dekat kl. Eh sakit pulak hati kita. So alternatif terakhir  adalah terjah masuk je kedai dan mempersoalkan kepantasan dan kemurahan nak buat hardcover.

First shop aku pegi is Gulam kat Larkin. Well, company ni agak well known la jugak since aku sekolah rendah dah wujud dah kedai ni. Basically kat sini lah segala tempahan fotostat, binding, printing sampai buat kad kahwin pun dorg boleh buat. Hebat tak? Haha. Impression time tu 'oh kat gulam mesti boleh siap cepat, tak kisah la kalau mahal sikit'  Dengan penuh yakin, aku pun melangkah masuk dan potpet sikit dengan akak kat kaunter. Tapi malangnya akak tu cakap hardcover tu boleh siap dalam masa 2 minggu which for me is way too long, aku kena hantar sebelum october. So tak jadi la hantar kat situ.

Next destination is Uda. Kat sini pun ada 1 je kedai yang boleh buat. Harga dalam RM70/RM80 camtu tapi siap dalam masa 3/4 hari. Bila dia cakap macam tu, peh terus hati berbunga-bunga, siap pesan lagi kat abang tu nanti esok aku hantar. Tapi aku tak pegi pun keesokan harinya pasal aku still nak edit report. End up aku pegi esok punya esok. Sampai2 je aku pun dah confident la sebab abang tu dah cakap boleh. Masa aku pegi tu abang tu takde, tapi yang ada hanya anak2 buah dia yang sungguh kerek ya ampun kau ni takde etika bekerja ke apa nak aku ceramahkan ke apa ni. Sumpah annoying gila pekerja kat situ, orang datang tak layan dok sibuk buat kerja. Taulah kerja tu banyak tapi at least tegurlah tanya nak apa ke. Dalam 15 minit tunggu baru lah pekerja tu tanya aku nak buat apa. Aku pun explain la nak buat hardcover tu semua. Tau apa jawapan nya? DORANG BOLEH BUAT HARDCOVER TAPI KENA BUAT MINIMUM 100 COPY. Apakah ni? Dewan Bahasa dan Pustaka pun tak buat 100 copy macam ni. Peh time tu memang sumpah menyirap, mendidih gila darah. Terus chow lepas tu.

Then ada jugak pegi perling. Jadi benda yang sama juga. Apakah permainan yang sedang berlaku???? *mode : marah*

Last2 pegi Taman U, kat sini  paling femes kot bab2 fotostat, binding semua sebab dekat dengan UTM. Last last jumpa satu kedai ni memang buat thesis binding. Time tu rasa syukur sangat sebab boleh seteghes nak cari kedai buat hardcover ni. Bila dia cakap dia boleh siapkan dalam masa 2 hari je, terus setuju. Bila tanya harga pun only RM80(mahal sebenarnya tapi aku dah terdesak time tu). Memang dalam masa 2 hari je siap, tapi aku amek 4 hari lepas tu. Haha. Time amek tu ada kepelikan sikit lah sebab warna biru yang aku nak tu tak seperti mana biru yang ada depan mata ni. Tapi lantaklah ni dah siap hantar je. Haha. So hasilnya......


 FRONT VIEW

 SIDE VIEW

Alhamdulillah dah siap semua :)


So kalau korang encounter problem macam ni, better cari kedai buat hardcover awal2. Lebih elok cari kedai back up just incase anything happen. Okay? :)


Good Luck sesiapa yang tengah cari kedai buat hardcover tu! :D

Saturday, 24 August 2013

Ohh ohh Hari Rayaaaaaa

Tahun ni aku raya dekat Johor Bahru seperti biasa. Sejak Opah meninggal, memang dah takde dah sistem giliran balik raya. Walaupun raya dekat JB, tapi suasana rumah tetap meriah dengan adanya Tokmak, family, pakcik, makcik serta cousin2 yang susah benau nak jumpa. Hihi.

So on the first day of raya, hanya ada family aku, family Ayah Leh, Ayah Yud dan Aunty Nina je. Raya kedua pulak bertambah lagi ahli dari family Ayah in dan Aunty Nida. Penuh kau satu rumah. Riuh tapi best! :)

Pagi-pagi raya first tu, para lelaki semua bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri dan para perempuan pulak bersolek eh tak tak bersiap-siap didapur menyediakan hidangan. Hihi. *tetap solat Aidilfitri lepas dah siap hidang*

Lepas semua dah balik dari masjid, wajib ada sesi salam salaman bermaaf maafan. Yang bestnya, time salam tu mesti ada yang hulur walaupun diriku dah jatuh sunat diberi duit raya. Orang dulu dulu cakap rezeki jangan ditolak kan? ^_^

Sesi yang paling ditunggu-tunggu adalah melantakssss. Haha. Santapan raya kali ni adalah ketupat, nasi impit, lemang, kuah lodeh, kari ayam, rendang daging, soto, laksa dan sebagainya. Tapi mintak ampun ye, takde pulak gambar nak letak sebab time tu dah kebuluq bak hang semua. Tau tau je kat tangan kiri dah ada pinggan, tangan kanan dah ready nak amek lauk. Nampak tak ketidaksabarannya disitu? *tutupmuka* HAHA

Bila perut dah naik seinci dek melantak makanan raya, semua dah start sibuk bergambar. Baik raya pertama, baik raya kedua, perangai semua sama je. Makan dulu baru amek gambar. hehe.




My family 





Gambar senget sebab tripod jadian pun senget. Sadis. 



With all my cousins on my mom's side. Missing Shakina :')


Lamah's family



Percubaan cousin perempuan dan lelaki buat gwiyomi. Kahkah

Mama's siblings and Tokmak


My mom's siblings

Itu jela cerita raya tahun ni. Hopefully akan dapat merasai suasana macam ni lagi tahun depan. InsyaAllah :)

Friday, 7 June 2013

Peperiksaan akhirrrrrrrr

Alhamdulillah. Dah selesai menjawab 4 killerzzz paper dalam masa seminggu. Next week still ada 2 paper lagi nak kena jawab. Tak sabarnya nak habiskan semua! huhu.

Seminggu sebelum start exam, lecturer semua dah bagi cuti memandangkan semester ni takde study week. Kalau ada pun, cuti kaamatan je. Cuti kaamatan tu apa? Ce check SINI. Jadi seminggu tu agak selalu la jugak berkampung dekat library. Kenapa tak selalu? Emm, zana bukan malas nak pegi library, tapi library jauh dari rumah, berbatu batu jauhnya T_T  Bila rasa perlu extra fokus je, baru zana pegi library. Huhu.

Itu baru cerita pasal library, belum lagi cerita pasal tak cukup tidur.

Pada zana, tidur tu sangat penting. Bila kita mengantuk, tu tandanya otak kita penat dan perlukan tidur.(eh ye ke?) Dari dulu lagi dah fikir macam tu, sampai laa ni la mindset zana macam tu. Oh one more thing, zana ni sangat utamakan tidur. Walaupun ada kerja yang perlu dibuat, contohnya assignment, zana sanggup tidur dulu(especially kalau mengantuk) then bangun subuh subuh. Sebab orang dulu dulu cakap bangun subuh ni bagus, otak fresh dari ladang sebab otak kita dah dapat rehat yang cukup. Dan itu memang terbukti pun sebab kalau bangun pagi tu lagi laju zana menaip assignment daripada malam sebelum tidur. Hehehe.

Tapi semua ni depends jugak dengan orang. Lain orang lain caranya, ye dak?

So weekend ni nak sambung study untuk last 2 paper.(Paper menghapal lagi T_T) Doakan zana dapat menghapal dan memuntahkan ilmu tu dalam kertas jawapan nanti k?  :D


Monday, 20 May 2013

Fefeling Saloma gitew


Semalam pergi dinner pakai peplum and skirt. 
Hari ni classmate semua suruh aku pakai skirt bila pegi kelas. 
Memang taklah noks. 
Haha

Wednesday, 19 December 2012

Buku, Aku datang!

Alhamdulillah. Semua kelas dah habis dah minggu ni, paling last pun hari Isnin haritu. Hehe. Syukur sangat sebab penat dah nak pegi kelas. Hectic sangat semester ni. Dengan assignments, tests, kuiz... memang penat sangat. Huhu :(

Disebabkan kelas dah habis, dengan kuasa bulan saya mengisytiharkan study week untuk saya dah mula. Yeay! hihi

So lepas ni kena didik diri supaya kurangkan tengok kowea online dan sebagainya. Kalau boleh nak menghadap buku duapolohpatjam. Haa poyo kan? -_-

Doakan saya rajin mengulangkaji dan dapat menjawab final dengan tenang ya. Amin :)

Tuesday, 18 September 2012

Time flew juz liddat

One month had passed since the last time I posted a post.


And now


I am still out of idea to type anything here.


Boo me! -.-

Tuesday, 14 August 2012

You're expelled!

For all of you that have been wondering, yes its true that I had been expelled =( but not from the university, been expelled from the lovely room of my previous hostel. I don't know what's the reason, but many of fellow friends are facing the same situation. Pity me, pity us :|

Because I love to stay in hostel, I wrote love letters appeal letters to the hospitality department and the residential colleges stating the reasons why I need to stay in hostel. 

    ze affeal wetters erk!

No no no, I can't tell you the reasons cause its too funneh even though the words are true -_-" haha. The words are so 'minta simpati' type! Hah! 

I just hope that the hospitality department will reconsider me to stay in hostel. I am kinda desperate here! heh

Please pray that the appeal will be accepted! Thanks! :)

Monday, 23 July 2012

Eh eh jaranglaaaaaa!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke empat umat Islam berpuasa. Syukur sebab masih lagi berpeluang untuk rasa nikmat bulan penuh rahmat ni. hihi. 

Sebenarnya Zana dah lama dah nak blog pasal ni, tapi idea ni haa dok stuck je dalam otak. Sekarang ni pun idea macam biskut chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Hentam la labu. hihi. Entry kali ni berunsurkan islamik, so get ready setting minda jangan cepat melatah k. Chill sayangs :)

Sekarang ni kalau kita perhati tudung bawal tengah hot setap kan? Trend shawl pun masih meletops! hihi Bila toleh kiri nampak orang pakai tudung bawal plain, toleh kanan nampak orang pakai tudung bawal bercorak ghimauuu aumm, tengok depan nampak se-geng pakai shawl chiffon liplap lilap , toleh belakang nampak se-geng pakai shawl colourful berjaring. Semua nampak ayu manis cantik sangat.*pasang lagu gadis ayu* Tapi yang tak berapa nak cantiknya bila kita nampak leher/tengkuk si pemakai :(



Ni bukan leher ok. Tudung bawal corak gelap pun jarang oi!

Kita dah sedia maklumkan yang tudung bawal/shawl ni material dia kebanyakannya nipis/jarang. Bila dah nipis opkos la boleh nampak bahagian aurat yang sepatutnya kita tutup. Frankly speaking, I do feel ashamed when I saw this not-so-concern type of people. Sedih u know. Kita especially yang berhijab ni suppose to show good example to the others by wearing the hijab properly. Tapi macam mana kita nak ajak mereka yang belum berhijab untuk berhijab kalau diri sendiri pun pakai tudung ala kadar je? Even worse apa agaknya the non-muslim people will think about us? I wonder......*take 5*

Stop thinking cause the solution is right in front of your eyes.



 Inner neck Butik Emilia


Inner neck ladies! Inner neck! Big help bigtime! Ini serius punya serius. Mula-mula sebelum inner neck ni ada, pernah terfikir nak pakai syria kat dalam then selaput syria dengan pakai tudung bawal/shawl jarang. Bila baca pun dah lecehkan apatah lagi bila pakai. Tapi belum sempat nak teruskan, tuptup inner neck masuk market Malaysia. Tak tunggu lama terus terkam la beli sehelai dua =]

Mula-mula tu memang tak selesa sgt sebab inner neck tu dok gerak sana sini last last terkeluaq helaian-helaian rambut. Rasa lecehnya pakai inner neck time tu. Dok pikiaq la lagu mana nak settlekan ni. Dan akhirnya saya buat keputusan untuk pakai anak tudung, ala yang budak sekolah pakai tu, tau kan? Zana sarung dulu anak tudung tu, then pakai inner neck then baru pakai hijab yang bersesuaian. 


Say bye to 'jarang' :)

Complicated much? hehe. Zana admit yang bila pakai berlapis-lapis ni mesti panas then semorang ngadu migrain la, kepala tak rasa angin and what-so-ever. Tapi lama-kelamaan bila dah biasa terus jadi kemestiaan untuk pakai inner neck. Bak kata pepatah melayu 

"Alah bisa tegal biasa" - Apabila kita sudah biasa melakukannya, maka kita tidak akan merasa kesukarannya lagi.  

So, jangan nak ber-tunggu-lah-nanti or ber-nanti-nanti-lah untuk berubah. This is the time people! Don't hesitate to make good changes :) And jangan lupa ajak kawan-kawan kita supaya sama-sama dapat berubah kearah yang lebih baik. hihi. Harap-harap takde yang sakit hati bila baca ni. Peace y'all. 

Assalamualaikum :) 

Saturday, 9 June 2012

Keep turning a new leaf


I can't really remember how many times that I had changed my blogs. I hope this one will last long. InsyaAllah.