Bila masuk tahun baru ni, mula lah pasang macam2 azam. Ada yang MISSION IMPOSSIBLE ada yang NOTHING IS IMPOSSIBLE. So salah satu azam ialah nak badan yang 'fit'.
Badan aku ni taklah gemuk cuma adalah sikit lemak spare sana sini. *facepalm* Ramai yang cakap aku tak payah dah nak kurus sebab dah okay dah. Tapi biasalah perempuan, mana pernah puas hati. So aku cabar diri tahun ni aku nak fit-kan badan. *penuh azam* haha
Setelah aku dok google sana sini pasal fit body, aku perasan setiap artikel mesti mention pasal kepentingan minum air. Air ni sangat bagus dan penting untuk setiap orang. Air bertindak as pencuci toksin yang ada dalam badan kita. Kiranya bila minum air secukupnya, body kita akan buang benda alah yang tak diperlukan secara naturally. Mostly kita ni malas sikit bila nak minum, kalau minum pun bila rasa haus je. Macam kes aku, pernah gak sehari suntuk tak minum air bukan sebab malas, tapi lupa. *ketuk kepala*
So entry kali ni aku nak share sikitlah macam mana nak displinkan diri minum air MASAK /MINERAL =)
1. Minum 2 cawan air pagi, 2 cawan air tgh hari, 2 cawan air petang dan 2 cawan air malam.
Biasanya bangun pagi lepas mandi, aku akan minum air secawan sebelum makan. Lepas tu sarapan(PENTING) tunggu dalam 15-30 minit then minum lagi secawan air. Same goes untuk tgh hari dan malam. Yang petang tu, biasanya aku memang minum air 2 cawan sekali gus lepas solat asar. hihi
2. Minum air setiap 2 jam, bermula 8 pagi hingga 9 atau 10 malam
Contohnya kau minum setiap 2 jam mula pukul 8 pagi sampai pkl 10 malam, kau dah minum 8 cawan dalam masa satu hari seperti yang disarankan. Senang? hihi
3. Minum setiap jam, bermula 8 pagi hingga 10 malam
Ni agak susah sikit nak buat, yelah sapa je yang nak ingat minum air setiap jam. Silap2 orang lain tengok kita pun pelik. Haha. Aku pernah buat sekali dan bertahan seminggu je T_T Aku tampal note kat laptop kengkonon bila aku terbaca automatic aku pegi minum. Tapi nampaknya lepas seminggu gagal terus. huhu. So yang ni memang kena ada displin yang tinggi. Nak seribu daya taknak seribu dalih ye dak?
4. Siap2 letak botol besar depan mata
Haa yang ni paling senang kot kalau kau duduk office atau duduk rumah dari pagi sampai petang(at least). Sebabnya bila kau nampak botol yang masih ada air, mesti rasa nak minum(psiko). Ni betul tak tipu sebab aku dah test kat diri sendiri, bila nampak ada air dalam botol walaupun tinggal secoit mesti nak habiskan. Haha. Untuk student ni payah sikit la, sebab takkan nak kesana kemari dengan botol besar especially yang naik public transport kan. Mahunya keluaq segala urat bahu nanti bawak botol air berat. So untuk student, just beli botol yang korang rasa senang nak bawak dan make sure REFILL everytime dah nak habis. Oh untuk ni, botol yang disarankan ialah 3 liter. Aku beli 2 botol (1 tu 1 liter, 1 lagi 1.5 liter).
5. Amek supplement
Yang ni OPTIONAL ye. Kalau mampu beli supplement, beli. Kalau tak mampu, jangan paksa diri. Macam aku memang amek supplement SHAKLEE. Almaklumlah kulit aku ni tak semulus artis, so teringin sangat nak kulit mulus macam artis tu yang gatal amek set penjagaan kulit shaklee. Tapi aku suka sebab aku jadi rajin minum air. hewhew. Ni nak cakaplah, kalau amek supplement, WAJIB minum air dengan banyak. Sebab apa? Sebab kalau kau minum sikit, vitamin yang kau makan tu jadi useless sebab dia tak larut dalam badan. Tak kisahlah amek jenis pil ke kapsul ke shake ke. WAJIB minum air dengan banyak. Lagi satu, supplement ni adalah makanan tambahan yang bagus untuk tubuh namun ginjal kita ni lemah sains sikit. Dia tak sure sama ada supplement yang kita ambil tu bagus untuk badan kita ke tak. Jadi daripada ginjal kita confuse pastu buang vitamin dari supplement, baik minum air supaya sepantas kilat vitamin tu serap ke dalam tubuh. Haa gitchuuuu.
Setakat ni, tu jelah tips aku dah experiment dan dah tengok keberkesanan dia kat aku. Hopefully boleh bantu korang yang dok fikir cemana nak minum air dengan penuh displin. Hehe. Last info, manusia yang mempunyai berat 25kg harus minum air minimum 1 liter. Kalau berat 50kg, minimum 2 liter. Kalau lebih berat, lebih lah liter air yang anda perlu minum. Tapi tak salah kalau yang berat 50kg nak minum 3 atau 4 liter :)
Selamat mencuba!