Monday, 23 September 2013

Latihan Industri Vs Buku Biru

Setelah 3 bulan berlalu, akhirnya aku habis jugak latihan industri iaitu syarat kelayakan terakhir sebelum dibenarkan bergraduat. 3 bulan yang penuh liku dan pancaroba(ayat tak boleh nak sastera lagi ke?) kini sudah berakhir. Yahooooo!

Tapi tapi masa tu tak boleh nak happy berjimba sangat sebab kena buat report sepanjang LI. Yang ni paling mencabar sebab kena ikut format UMS yang YA ALLAH MENGAPA SEBEGINI KAU SEKSA DIRIKU. Susah gila dan lain daripada yang lain. Kalau U lain buat report, dorang tulis ala ala diari je siap boleh lukis bunga-bunga, rama-rama bagai. *oktipu* Tapi serius, U lain memang tulis macam diari. Nak taknak, suka tak suka, ikutkan ajelah format yang dah dibagi janji boleh dapat good marks and graduate :)

Bila dah siap, ingatkan dah boleh joget shuffle sebagai tanda happy kerja dah hampir siap. Datang pulak masalah bergolek bila nak buat hardcover report ni.

Sebelum pergi mana2 kedai kat jb ni, aku ni pon dok gugel(google) kot2 ada info kat mana nak buat yang cepat dan murah. Gugel punya gugel, semuanya dok buat dekat kl. Eh sakit pulak hati kita. So alternatif terakhir  adalah terjah masuk je kedai dan mempersoalkan kepantasan dan kemurahan nak buat hardcover.

First shop aku pegi is Gulam kat Larkin. Well, company ni agak well known la jugak since aku sekolah rendah dah wujud dah kedai ni. Basically kat sini lah segala tempahan fotostat, binding, printing sampai buat kad kahwin pun dorg boleh buat. Hebat tak? Haha. Impression time tu 'oh kat gulam mesti boleh siap cepat, tak kisah la kalau mahal sikit'  Dengan penuh yakin, aku pun melangkah masuk dan potpet sikit dengan akak kat kaunter. Tapi malangnya akak tu cakap hardcover tu boleh siap dalam masa 2 minggu which for me is way too long, aku kena hantar sebelum october. So tak jadi la hantar kat situ.

Next destination is Uda. Kat sini pun ada 1 je kedai yang boleh buat. Harga dalam RM70/RM80 camtu tapi siap dalam masa 3/4 hari. Bila dia cakap macam tu, peh terus hati berbunga-bunga, siap pesan lagi kat abang tu nanti esok aku hantar. Tapi aku tak pegi pun keesokan harinya pasal aku still nak edit report. End up aku pegi esok punya esok. Sampai2 je aku pun dah confident la sebab abang tu dah cakap boleh. Masa aku pegi tu abang tu takde, tapi yang ada hanya anak2 buah dia yang sungguh kerek ya ampun kau ni takde etika bekerja ke apa nak aku ceramahkan ke apa ni. Sumpah annoying gila pekerja kat situ, orang datang tak layan dok sibuk buat kerja. Taulah kerja tu banyak tapi at least tegurlah tanya nak apa ke. Dalam 15 minit tunggu baru lah pekerja tu tanya aku nak buat apa. Aku pun explain la nak buat hardcover tu semua. Tau apa jawapan nya? DORANG BOLEH BUAT HARDCOVER TAPI KENA BUAT MINIMUM 100 COPY. Apakah ni? Dewan Bahasa dan Pustaka pun tak buat 100 copy macam ni. Peh time tu memang sumpah menyirap, mendidih gila darah. Terus chow lepas tu.

Then ada jugak pegi perling. Jadi benda yang sama juga. Apakah permainan yang sedang berlaku???? *mode : marah*

Last2 pegi Taman U, kat sini  paling femes kot bab2 fotostat, binding semua sebab dekat dengan UTM. Last last jumpa satu kedai ni memang buat thesis binding. Time tu rasa syukur sangat sebab boleh seteghes nak cari kedai buat hardcover ni. Bila dia cakap dia boleh siapkan dalam masa 2 hari je, terus setuju. Bila tanya harga pun only RM80(mahal sebenarnya tapi aku dah terdesak time tu). Memang dalam masa 2 hari je siap, tapi aku amek 4 hari lepas tu. Haha. Time amek tu ada kepelikan sikit lah sebab warna biru yang aku nak tu tak seperti mana biru yang ada depan mata ni. Tapi lantaklah ni dah siap hantar je. Haha. So hasilnya......


 FRONT VIEW

 SIDE VIEW

Alhamdulillah dah siap semua :)


So kalau korang encounter problem macam ni, better cari kedai buat hardcover awal2. Lebih elok cari kedai back up just incase anything happen. Okay? :)


Good Luck sesiapa yang tengah cari kedai buat hardcover tu! :D

Saturday, 24 August 2013

Ohh ohh Hari Rayaaaaaa

Tahun ni aku raya dekat Johor Bahru seperti biasa. Sejak Opah meninggal, memang dah takde dah sistem giliran balik raya. Walaupun raya dekat JB, tapi suasana rumah tetap meriah dengan adanya Tokmak, family, pakcik, makcik serta cousin2 yang susah benau nak jumpa. Hihi.

So on the first day of raya, hanya ada family aku, family Ayah Leh, Ayah Yud dan Aunty Nina je. Raya kedua pulak bertambah lagi ahli dari family Ayah in dan Aunty Nida. Penuh kau satu rumah. Riuh tapi best! :)

Pagi-pagi raya first tu, para lelaki semua bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri dan para perempuan pulak bersolek eh tak tak bersiap-siap didapur menyediakan hidangan. Hihi. *tetap solat Aidilfitri lepas dah siap hidang*

Lepas semua dah balik dari masjid, wajib ada sesi salam salaman bermaaf maafan. Yang bestnya, time salam tu mesti ada yang hulur walaupun diriku dah jatuh sunat diberi duit raya. Orang dulu dulu cakap rezeki jangan ditolak kan? ^_^

Sesi yang paling ditunggu-tunggu adalah melantakssss. Haha. Santapan raya kali ni adalah ketupat, nasi impit, lemang, kuah lodeh, kari ayam, rendang daging, soto, laksa dan sebagainya. Tapi mintak ampun ye, takde pulak gambar nak letak sebab time tu dah kebuluq bak hang semua. Tau tau je kat tangan kiri dah ada pinggan, tangan kanan dah ready nak amek lauk. Nampak tak ketidaksabarannya disitu? *tutupmuka* HAHA

Bila perut dah naik seinci dek melantak makanan raya, semua dah start sibuk bergambar. Baik raya pertama, baik raya kedua, perangai semua sama je. Makan dulu baru amek gambar. hehe.




My family 





Gambar senget sebab tripod jadian pun senget. Sadis. 



With all my cousins on my mom's side. Missing Shakina :')


Lamah's family



Percubaan cousin perempuan dan lelaki buat gwiyomi. Kahkah

Mama's siblings and Tokmak


My mom's siblings

Itu jela cerita raya tahun ni. Hopefully akan dapat merasai suasana macam ni lagi tahun depan. InsyaAllah :)

Friday, 7 June 2013

Peperiksaan akhirrrrrrrr

Alhamdulillah. Dah selesai menjawab 4 killerzzz paper dalam masa seminggu. Next week still ada 2 paper lagi nak kena jawab. Tak sabarnya nak habiskan semua! huhu.

Seminggu sebelum start exam, lecturer semua dah bagi cuti memandangkan semester ni takde study week. Kalau ada pun, cuti kaamatan je. Cuti kaamatan tu apa? Ce check SINI. Jadi seminggu tu agak selalu la jugak berkampung dekat library. Kenapa tak selalu? Emm, zana bukan malas nak pegi library, tapi library jauh dari rumah, berbatu batu jauhnya T_T  Bila rasa perlu extra fokus je, baru zana pegi library. Huhu.

Itu baru cerita pasal library, belum lagi cerita pasal tak cukup tidur.

Pada zana, tidur tu sangat penting. Bila kita mengantuk, tu tandanya otak kita penat dan perlukan tidur.(eh ye ke?) Dari dulu lagi dah fikir macam tu, sampai laa ni la mindset zana macam tu. Oh one more thing, zana ni sangat utamakan tidur. Walaupun ada kerja yang perlu dibuat, contohnya assignment, zana sanggup tidur dulu(especially kalau mengantuk) then bangun subuh subuh. Sebab orang dulu dulu cakap bangun subuh ni bagus, otak fresh dari ladang sebab otak kita dah dapat rehat yang cukup. Dan itu memang terbukti pun sebab kalau bangun pagi tu lagi laju zana menaip assignment daripada malam sebelum tidur. Hehehe.

Tapi semua ni depends jugak dengan orang. Lain orang lain caranya, ye dak?

So weekend ni nak sambung study untuk last 2 paper.(Paper menghapal lagi T_T) Doakan zana dapat menghapal dan memuntahkan ilmu tu dalam kertas jawapan nanti k?  :D


Monday, 20 May 2013

Fefeling Saloma gitew


Semalam pergi dinner pakai peplum and skirt. 
Hari ni classmate semua suruh aku pakai skirt bila pegi kelas. 
Memang taklah noks. 
Haha